Sebut Harga


Kami menawarkan pakej yang menyediakan penginapan dan kemudahan pada harga yang sangat berpatutan. Harga baru di bawah berkuatkuasa bermula 01 Disember 2016. Semua harga di bawah akan dikenakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sebanyak 6%. Jumlah GST akan dimasukkan di dalam sebutharga dan invois.


Kategori Penginapan Dewasa
(RM)
Seorang / sehari

Pelajar IPT
(RM)
Seorang / sehari

Pelajar Sekolah
(RM)
Seorang / sehari
CHALET (4 ORANG SEBILIK)
5 x makan sehari, Dewan Seminar (P.A Sistem),
Surau, Wakaf, Kemudahan Sukan & Rekreasi,
Kolam Mandi
75.00 66.00 66.00
ASRAMA
5 x makan sehari, Dewan Seminar (P.A Sistem),
Surau, Wakaf, Kemudahan Sukan & Rekreasi,
Kolam Mandi
68.00 60.00 51.00
'A' SHAPED CHALET
5 x makan sehari, Dewan Seminar (P.A Sistem),
Surau, Wakaf, Kemudahan Sukan & Rekreasi,
Kolam Mandi
(TANPA KEMUDAHAN TILAM, BANTAL
& SELIMUT)
52.00 49.00 47.00
KHEMAH
Khemah Disediakan, 3 x makan sehari (bungkus),
Kemudahan Elektrik & Air, Dewan Terbuka,
Kolam Mandi, Surau, Wakaf,
Kemudahan Sukan & Rekreasi
45.00 43.00 41.00
KHEMAH (TANPA MAKAN)
Khemah Disediakan, Kemudahan Elektrik
& Air, Dewan Terbuka, Kolam Mandi,
Surau, Wakaf, Kemudahan Sukan & Rekreasi.
RM70 sehari untuk sewaan dapur dan gas
30.00 28.00 26.00







Harga chalet berbeza untuk seorang / 2 orang sebilik dan jumlahnya terhad. RM 150.00 seorang sehari untuk seorang sebilik dan RM 100.00 seorang sehari untuk dua orang sebilik.

•   Khidmat Pemandu Arah / Guide :

      ⇒  Laluan Hutan
             ·  RM 300.00 untuk 40 orang peserta (Trek 1 jam atau 2 jam)

      ⇒  Rentas Halangan
             ·  RM 350.00 untuk 40 orang peserta

      ⇒  Flying Fox
             ·  RM 400.00 untuk 40 orang peserta

      ⇒  Wall Climbing
             ·  RM 17.00 untuk seorang peserta dewasa
             ·  RM 14.00 untuk seorang peserta pelajar

      ⇒  Night Walk (Sebelum Pukul 12.00 tengah malam)
             ·  RM 400.00 untuk 40 orang peserta

      ⇒  Sukan Air · Rakit
             ·  RM 400.00 untuk 40 orang peserta

      ⇒   Abseiling & Repelling
             ·  RM 20.00 seorang peserta dewasa 
             ·  RM 17.00 seorang pelajar sekolah / IPT

      ⇒  Night Flying Fox (maksimum 40 orang per malam)  

            · RM 500.00 untuk 40 orang peserta

•   BBQ - RM 11.00 seorang (20 orang ke atas)

•   Sijil  - RM 2.00 sekeping

•   Set karaoke - RM 350.00 semalam (CD Karaoke tidak disediakan)

•   Perlindungan Insurans - RM 6.00 seorang


 
SURAT TEMPAHAN DIPERLUKAN UNTUK MEMBUAT TEMPAHAN.

DEPOSIT: PENGESAHAN TEMPAHAN BERKUATKUASA HANYA SELEPAS BAYARAN DEPOSIT DIJELASKAN IAITU 50% DARIPADA JUMLAH KESELURUHAN KECUALI PEMBAYARAN MELALUI LOCAL ORDER (L/O)
 






1. PENGESAHAN TEMPAHAN
Tempahan perlu dibuat sebulan sebelum tarikh program yang hendak dijalankan. Untuk tempahan, surat tempahan mesti diserahkan ke pejabat tempahan.
   
2. TEMPOH MASA MENGGUNAKAN KEMUDAHAN BAGI SATU (1) HARI
Tempoh masa untuk menggunakan semua kemudahan di DER adalah 24 jam (1 hari). Contoh: check-in 10.00 pagi, check-out 10.00 pagi keesokan hari (1 hari). Jika tempoh yang diperlukan lebih daripada yang telah ditetapkan, tambahan bayaran 1/2 hari akan dikenakan.
   
3.

DEPOSIT 50%
Pengesahan tempahan berkuatkuasa hanya selepas bayaran deposit dijelaskan. Wang pendahuluan yang diperlukan ialah sebanyak 50% daripada jumlah keseluruhan kecuali bayaran melalui Local Order (L.O.). Deposit mesti dijelaskan dua minggu sebelum program. Bayaran penuh akan dikenakan jika gagal menjelaskannya dalam tempoh yang ditetapkan.

* Bagi program sehari (day trip), bayaran penuh diperlukan.

* Pihak konsultan perlu membuat bayaran penuh sebagai pengesahan tempahan.

   
4. PEMBAYARAN
Semua bil / invois hendaklah dijelaskan semasa pendaftaran (check in).Sebarang tambahan hendaklah dijelaskan sebelum check out. Bayaran hendaklah berbentuk tunai atau cek. Bagi agensi kerajaan yang menggunakan L.O. / pesanan tempatan, pegawai yang bertanggungjawab hendaklah menyerahkan L.O. kepada wakil syarikat kami pada hari pertama kursus bermula dan akan dipulangkan pada hari akhir program bagi proses pembayaran.
   
5. PEMBATALAN / PENANGGUHAN TEMPAHAN
Sebarang pembatalan / penangguhan tempahan hendaklah dimaklumkan selewat-lewatnya 7 hari sebelum tarikh program yang dijadualkan dan syarikat akan memulangkan wang pendahuluan. Jika ia dilakukan dalam masa 7 hari, wang tidak akan dikembalikan.
   
6. PENYEDIAAN SENARAI NAMA
Pelanggan hendaklah menyediakan senarai nama peserta, guru/pegawai, urusetia dan fasilitator sebelum (check-in) di DER. Bilangan peserta yang menghadiri program di DER amat penting untuk bahagian kantin, penyediaan invois dan tujuan keselamatan (polis).
   
7. KEBERSIHAN
Kebersihan perlu dijaga bagi mengelakkan masalah pencemaran alam sekitar. Pembakaran hutan juga tidak digalakkan.
   
8. KESIHATAN
Pengguna yang mempunyai masalah kesihatan digalakkan mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu bagi mengelakkan sebarang kemalangan semasa melakukan aktiviti lasak.
   
9. TANGGUNGJAWAB
Syarikat tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan harta benda, kerosakan, kecederaan dan kemalangan yang berlaku. Pelanggan dinasihatkan menyimpan atau tidak membawa barang-barang berharga. Pelanggan mesti mendapatkan khidmat jurulatih yang bertauliah semasa menjalankan aktiviti luar dan bertamggungjawab mengambil P.A. insurans terhadap semua peserta sebelum menjalani program di Dusun Eco Resort untuk menjaga kepentingan mereka.
   
10. LAIN-LAIN
i.   Peralatan peribadi seperti tuala, sabun mandi, tisu tandas dll. tidak disediakan, pengguna dikehendaki
     membawa sendiri.
ii.  Alatulis seperti pen, kertas, kertas flipchart, marker pen dll. tidak disediakan.
iii. Pinggan dan cawan yang digunakan di dewan makan hendaklah dibasuh dan dibersihkan sendiri. 



 Kadar Istimewa

Kami menawarkan pakej yang menyediakan penginapan dan kemudahan pada harga yang berpatutan

Muat turun kadar penginapan format .PDF


Aktiviti

Di Dusun Eco Resort, kami berusaha untuk menyediakan aktiviti-aktiviti yang akan membantu membangunkan peserta dari segi mental dan fizikal.

      
      •  Rentas Halangan
      •  Jungle Trekking
      •  Rock Climbing


Laman Sosial

Lawat laman sosial kami untuk info terkini