Kemudahan
![]() Dusun Eco Resort menawarkan pakej menarik untuk didiami oleh mereka yang ingin merasai kesegaran serta keindahan dan cabaran alam semulajadi. Chalet untuk percutian yang menyenangkan dan tapak perkhemahan untuk yang gemarkan penginapan yang mencabar. Kemudahan untuk aktiviti outdoor dan indoor serta hiburan seperti sesi berkaraoke ataupun menonton Astro turut disediakan. *CD Karaoke tidak disediakan ![]() Terdapat 64 buah chalet yang boleh menampung 256 orang. ![]() 25 buah chalet kampung jenis 'A' Shape menampung 125 orang dan dinamakan berdasarkan nama-nama kampung di daerah Bentong. ![]() Untuk kumpulan yang besar, terdapat 5 blok asrama yang boleh menampung sehingga 579 orang. ![]() Ttapak perkhemahan kami mampu menampung 200 orang. Lengkap dengan khemah, bekalan air dan tandas, 2 buah dewan terbuka dan juga tempat untuk memasak. Sesuai untuk institusi-institusi pengajian yang menganjurkan program untuk melatih peserta-peserta dengan semangat berpasukan dan kerjasama antara satu sama lain. |